Sunday, January 16, 2011

Dari Cita ke Iman (2 - sambungan)

Sepanjang perjalanan,
Dari cita lalu berdoa,
Kemudian merancang, disusuli usaha,
Lantas tawakkal, kuatkan iman,
Apa sebenarnya cerita?
Apa dia makna?
Apakah baik baru bahagia?
Ataukah terus dibuai lalai leka?
Yang disangka buruk tidak berguna?
Sia-sia?
Apakah aku ditipu Tuhan?
Sabar, usahaku tanpa pulangan?

"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
(al-Baqarah, ayat 215)

Soalan demi soalan,
Mendesak minta jawapan,
Apa pengajaran?
Kubelek Al-Quran,
Kudengar hadis pengajaran,
Memang mereka teman,
Tidak sekali-kali lagi sesat jalan,
Áku bertemu dengan rupa-rupanya.

Rupa-rupanya membisikkan:
Yang paling penting iman!
Sebenar dicari redha Tuhan!
Apakah kau tak perasan?
Berterabur berserakan?
Terkutipkah aku di sepanjang jalan?

"...melainkan kerana mencari keredhaan Tuhannya yang Maha Tinggi,
dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan"
(Al-Lail, ayat 20,21)

"Maka apabila kamu selesai suatu urusan,
kerjakanlah urusan-urusan yang lain dengan bersungguh-sungguh,
dan hanya kepada Tuhanmu
hendaknya kamu berharap"
(Al-Insyirah, ayat 7,8)

Aku kembali kepada iman,
Dalam kekerdilan aku meminta:
'Ya Allah Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkan hatiku atas agamaMu,
Dan atas ketaatan kepadaMu'

Aku bermula semula,
Sebermula cita,
Kuangkat tangan berdoa,
Lalu merancang usaha,
Aku susuli tindakan,
Kemudian tawakal berserah,
Teguhkan iman kepada Allah.
Teguhkan iman kepada Allah!
Teguhkan iman kepada Allah!!

#Dari Cita ke Iman 1 dan 2, inspirasi dari ayat-ayat Quran - Al-Insyirah (7,8), Al-baqarah (215), Al-lail (1-21)

Saturday, January 15, 2011

Dari Cita ke Iman

Sebermula cita,
Campakkan setingginya,
Biar sampai angkasa,
Baik cecah di sana,
Tidakpun, singgah di awan biru,
Masih tinggi lagi tu!

Lalu tangan kautadahkan,
Pintalah pada Tuhan,
Penuh pengharapan,
Sebaik2 sandaran,
Punca kuasa tak terbataskan!
Lalu solat wajib 5 kali sehari2,
Yang sunat ditambah lagi,
Sujud berkali2,
Ya Allah, kulafazkan apa di hati,
Walau aku tahu Kau Maha Mengetahui,

Kini duduk merancang,
Jangkaan masa dibentang,
Apa strategi boleh difikirkan?
Begini begitu apa kemungkinan?
Ilmu dicari penjelas jalan,
Akal memandang jauh ke hadapan,
Aku boleh lakukan!

Pelan dilancar,
Sekarang masa tindakan,
Berhati2 dalam pilihan,
Plihan fikiran,
Lisan dan perbuatan,
Disiplin istiqamah,
Jangan mudah rebah,

Sepulangnya dari usaha,
Kini tiba masa,
Baru kauserah semuanya,
Kepada Allah yang Maha Kuasa,
Letaklah tawakkal pada tempatnya!

Sebaik tadbir, sebaik takdir,
Keputusan terjangka,
Syukur sentiasa,
Keputusan jauh dari sangka,
Sabar redha padanya,
Bukankah takdir salah satu diimani?
Baik buruk semua dari Ilahi,
Berpihaklah pada yang menang,
Iman sekali2 jangan kau tinggalkan,
Lulus ujian!


11.35 pm, 15.1.2011

Sunday, January 9, 2011

Selamat membaca!

Assalamualaikum kepada semua,

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Selamat datang saya ucapkan. Memang niat sudah lama nak berblog, namun tak kesampaian dek tiada keazaman dan disiplin. Juga kekangan masa yang menuntut komitmen yang lainnya. InsyaAllah, tahun ini ada azam baru, supaya mula berblog. Maka blog ini saya akan cuba update selalu. Hajatnya sekurang2nya satu minggu sekali. semoleknya seminggu 3 kali. Sepertimana yang saya tulis di entri pertama (april 2010 - wah lamanya!), insyaAllah tulisan saya akan berkisar sekitar motivasi, tarbiyah, dan kewangan. Tapi tidak terikat topik2 itu semata2. Beberapa topik lain seperti catatan kembara, juga mahu dikongsikan. Mana yang termampu dikongsi, mana yang terlintas di hati dan minda.

Sejak kebelakangan ini Allah ilhamkan saya menulis dalam kata2 yang lebih berpuisi. Malah ada yang mengatakan saya berpujangga. Wallahualam. Saya tidak pasti. Apakah boleh dikata pujangga, puisi, atau apa? Saya cuba semampu saya selama Allah meminjamkan kudratNya ini, untuk menyusun bahasa, meletak kata2 yg sebaiknya insyaAllah. Mudah2an di dalam blog, juga dalam percakapan lisan saya. Tapi saya juga mengharap untuk mempelbagai genre tulisan, agar metod penyampaian lebih pelbagai. Yang pastinya, sekiranya ada baik dan manfaatnya, saya ingin berkongsi. Moga sedikit ilmu atau pengalaman hidup yang dikongsi, menjadi manfaat kepada diri sendiri dan siapa yang ada membaca. Jadi, mungkin saja saya terus berpuisi. Dan mungkin saja tidak. Sebarang komentar saya alu2kan. Sebarang cadangan akan dipertimbangkan. Sebarang teguran membina akan saya perhatikan. InsyaAllah.

Terima kasih sudi membaca!

Thursday, January 6, 2011

Jiwa hamba

Bila dipanggil, pergi,
Bila disuruh, buat,
Bila ditegah, tinggal,
Bila dipinta, serah,
Bila diuji, redha,
Bila dikurnia, syukur,

Bila bertemu, leka,
Bila berpisah, rindu,
Bila rindu, menyebut2,
Bila berdosa, sedih,
Bila tersilap, malu,
Bila teringat, istighfar,
Bila bersandar, bergantung,

Bila mahu, berdoa,
Bila bersedih, mengadu,
Bila dicinta, membalas,
Bila takut, berselindung,
Bila meminta, harap,
Bila gembira, puji,

Ya Allah, Tuhanku,
Aku hambaMu,
Hamba sehina hamba,
Kurniakanlah aku jiwa seorang hamba,
Jiwa hamba sebenar2 hamba,
Hamba yang Kau sayang,
Hamba yang Kau tunjukkan jalan,
Jalan lurus menujuMu oh Tuhan,

Derai tangis, esak rintihku,
Doa pengharapan setulus hati,
Aku tahu Kau sentiasa mendengarnya,
Kau segalanya dalam hidupku,
Malah hidupku, jua matiku, hannya untukMu,
Itu ikrarku di setiap solatku,
Ampunkan aku, ampunkan aku,
Jadikan aku hamba pemburu syurga,
Takut dan jauh dari neraka,
Ya Allah ya Tuhanku,
Aku padaMu, ingin sekali dipanggil hamba...



12.00 am, 7.1.2011