Wednesday, December 15, 2010

Pelik

Masa,
Pelik sungguh kulihat kau,
Antara ciptaan Allah yang paling pelik kurasa,
Kadang aku takjub terpukau,


Kadang2 kau kurasa begitu cepat berlalu,
Seolah bagaikan kilatan cahaya melintas di depanku,
Walau aku jerit suruh kau tunggu,
Lagi kau lari tak peduli aku.


Kadang2 kau kurasa lambaaat sangat,
Tunggu punya tunggu tak sampai2,
Nanti ternanti, tak juga kunjung tiba,
Kenapa 1 minit seolah 1 jam?
Kenapa 1 jam seolah 1 hari?
Kenapa 1 hari seolah seminggu?
Kenapa seminggu bagaikan sebulan?
Kenapa sebulan bagaikan setahun?
Dan kadang2 setahun bagaikan selamanya?


Padahal kau tetap begitu,
60 saat seminit,
60 minit sejam,
24 jam sehari,
7 hari seminggu..
Tiap detik sangat tepat sekali..

Itulah yang buat aku rasa kau ni pelik,
Seolah setiap detik itu ceritanya sungguh berlainan,
Makna yang dibawa bersama kadang2 tak terfahamkan,
Terkadang aku melihat kau aku bingung sendirian.


Pun begitu,
Aku sentiasa rasa tertipu,
Aku tengok kau,
Kau tengok aku,
Aku berkelip mata,
Kau langsung tak sapa,
Terus berlalu saja.


Bodohlah aku nak jadikan kau kawan karibku,
Sebab kau tak pernah nak tunggu.


Allah sendiri dah cerita,
Tentang makhluknya yang bernama masa,
Memang kita semua rugi sentiasa,
Kecuali siapa?
Orang2 yg beriman dan beramal saleh,
Orang2 yg berpesan2 dengan kebenaran,
Orang2 yg berpesan dengan kesabaran.


Itu sahaja yang beruntung?
Dengan iman yang kuada,
Aku membenarkan apa yang Allah kata,
Cuma aku saja yang tak tahu apa,
Bodoh sombong lalai alpa,
Dengan dunia selalu aku leka.


Maka aku mesti terus beriman,
Iman mesti dipertahan, dipertambah,
Lantas aku mesti beramal saleh,
Maka aku mesti berpesan2 tentang kebenaran,
Maka aku mesti berpesan2 dengan kesabaran.


Dengan kesedaran ini,
Aku tengok kau lagi,
Aku gelak sendiri,
Kali ni aku takkan tertipu lagi!
Aku takkan tergolong di kalangan yang rugi!
Aku jerit kat kau,
Jangan cuba lagi nak buat aku terpukau!


Tapi tak juga kau berhenti gelak sama,
Kau tetap berlalu sahaja,
Pelik sungguh lah kau ini,
Atau akukah yang lebih pelik?
Rupa2nya aku tertipu lagi!
Bukan dengan kau tapi dengan diri sendiri!

11.00 pm 15.12.10

Saturday, August 21, 2010

Bumi Cinta

Saya baru sahaja selesai membaca novel terbaru dari Habiburrahman el-shirazy, BUMI CINTA. Penulis berbakat besar yang pernah mencetuskan fenomena di tanah airnya sendiri, Indonesia, malah melarat ke negara kita Malaysia dan negeri2 lainnya. Bermula dengan AYAT-AYAT CINTA, penulis terus menghambat pencinta2 bahan islami. Malah dua karya besarnya AAC dan KCB turut difilemkan dan mendapat sambutan yang agak menggalakkan.

Saya bukanlah penggemar novel. semasa kecil saya ada juga minat membaca tulisan2 enid blyton berkenaan siri2 penyiasatan. namun lama kelamaan semangat membaca itu seolah memudar dan beralih kepada bahan2 akademik semata2 yang sememangnya sudah wajib untuk ditelaah untuk 'berjaya di dalam peperiksaan'. novel yang pernah saya baca dan minat untuk membacanya cumalah karangan Ramlee Awang Mursyid, penulis thriller negara. ADAM, Satu Janji, Tombiruo terakhir, Mandatori antara judul seingat saya yang pernah terbaca. Tapi banyak judul2 terbaru beliau belum lagi terbaca..

Bumi cinta membawa kita watak Muhammad Ayyas yang dilukiskan penulis dalam novelnya itu sangat kuat, sekuat watak fahri dan khairul azzam dalam AAC dan KCB. Pastinya Ayyas adalah jelmaan seorang pemuda soleh yang diuji imannya dengan cabaran yang besar, iaitu perempuan! dan perempuan yang mengujinya bukanlah sebarang perempuan, tapi perempuan2 yang dijelmakan penulis sebagai perempuan tercantik di muka bumi, dan malangnya Ayyas, mereka juga pengamal hidup bebas. Ya, hidup bebas sebebas binatang.Mahu buat apa, silakan. dan sekitarnya menyokongnya! bukankah itu syurga bagi penurut hawa nafsu?? Sekali babak yang membuka peluang Ayyas berbuat dosa terkutuk zina, membawa debaran yang tak kurang hebat juga buat saya. Kalau yang berada di situ adalah diri ini, apakah mampu iman senipis kapas yang ada menolak perkara tersebut.. nauzubillah min zaalik. lagi bagus tak perlu diuji langsung hingga ke tahap itu.

Secara ringkasnya, watak Ayyas mencerminkan yang beliau adalah hamba Allah yang soleh, taat beribadah, berilmu dalam bidang pengkhususannya dan ilmu berkaitan agama, kemantapan iman yang mentauhidkan Allah, berani melemparkan hujah walau berdepan dengan para atheis tegar, bijak dalam penyampaian, berakhlak dalam pergaulan, pergantungan yang tinggi pada tuhan, dan juga normal! ya normal sebagaimana ditonjolkan penulis bagaimana Ayyas berdepan ujian berat di depan mata. tak kurang hebat ujiannya berbanding orang yang tak punya wang untuk berdepan hidup seharian, ujian sakit kuat melanda dan sebagainya.

Tahniah buat kang Abik, karya2nya bukan sahaja menceritakan sebuah lagi cerita cinta. Karya beliau memotivasikan pembaca (sekurang2nya saya) untuk terus istiqamah dengan iman, istiqmah beribadah, istiqamah berakhlak dan terusnya memantapkan ilmu di dada. Penjelasan tentang konsep ketuhanan yang diselit di 'seminar' di mana Ayyas secara tiba2 terpaksa menggantikan penceramah asal, berjaya menyampaikan mesej tersebut secara mantap. cerita itu satu hal, nilai2, ilmu yang sememangnya wujud di dunia nyata, berjaya dilontarkan kepada pembaca melalui kisah Ayyas ini.

Menunggu2 sambungan kisah ini, sekiranya ada. Penghujungnya agak tergantung.. Melainkan penulis memang ingin ia selesai begitu.

Sunday, April 18, 2010

Salam pengenalan

Assalamualaikum,

InsyaAllah, dengan wujudnya blog ini, saya akan mula berkarya, menulis tentang pelbagai isu dan bidang yang pada fikiran saya sesuai dan menarik untuk ditulis. Antara tema yang bakal menjadi pilihan adalah seputar tarbiyah, motivasi, dan kewangan. Ketiga-tiganya memang saya agak cenderung sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Mudah-mudahan usaha ini dikira Allah sebagai menyebarkan ilmu yang bermanfaat yang 'bonus'nya kita dapat sampai setelah kita mati nanti..