Wednesday, December 15, 2010

Pelik

Masa,
Pelik sungguh kulihat kau,
Antara ciptaan Allah yang paling pelik kurasa,
Kadang aku takjub terpukau,


Kadang2 kau kurasa begitu cepat berlalu,
Seolah bagaikan kilatan cahaya melintas di depanku,
Walau aku jerit suruh kau tunggu,
Lagi kau lari tak peduli aku.


Kadang2 kau kurasa lambaaat sangat,
Tunggu punya tunggu tak sampai2,
Nanti ternanti, tak juga kunjung tiba,
Kenapa 1 minit seolah 1 jam?
Kenapa 1 jam seolah 1 hari?
Kenapa 1 hari seolah seminggu?
Kenapa seminggu bagaikan sebulan?
Kenapa sebulan bagaikan setahun?
Dan kadang2 setahun bagaikan selamanya?


Padahal kau tetap begitu,
60 saat seminit,
60 minit sejam,
24 jam sehari,
7 hari seminggu..
Tiap detik sangat tepat sekali..

Itulah yang buat aku rasa kau ni pelik,
Seolah setiap detik itu ceritanya sungguh berlainan,
Makna yang dibawa bersama kadang2 tak terfahamkan,
Terkadang aku melihat kau aku bingung sendirian.


Pun begitu,
Aku sentiasa rasa tertipu,
Aku tengok kau,
Kau tengok aku,
Aku berkelip mata,
Kau langsung tak sapa,
Terus berlalu saja.


Bodohlah aku nak jadikan kau kawan karibku,
Sebab kau tak pernah nak tunggu.


Allah sendiri dah cerita,
Tentang makhluknya yang bernama masa,
Memang kita semua rugi sentiasa,
Kecuali siapa?
Orang2 yg beriman dan beramal saleh,
Orang2 yg berpesan2 dengan kebenaran,
Orang2 yg berpesan dengan kesabaran.


Itu sahaja yang beruntung?
Dengan iman yang kuada,
Aku membenarkan apa yang Allah kata,
Cuma aku saja yang tak tahu apa,
Bodoh sombong lalai alpa,
Dengan dunia selalu aku leka.


Maka aku mesti terus beriman,
Iman mesti dipertahan, dipertambah,
Lantas aku mesti beramal saleh,
Maka aku mesti berpesan2 tentang kebenaran,
Maka aku mesti berpesan2 dengan kesabaran.


Dengan kesedaran ini,
Aku tengok kau lagi,
Aku gelak sendiri,
Kali ni aku takkan tertipu lagi!
Aku takkan tergolong di kalangan yang rugi!
Aku jerit kat kau,
Jangan cuba lagi nak buat aku terpukau!


Tapi tak juga kau berhenti gelak sama,
Kau tetap berlalu sahaja,
Pelik sungguh lah kau ini,
Atau akukah yang lebih pelik?
Rupa2nya aku tertipu lagi!
Bukan dengan kau tapi dengan diri sendiri!

11.00 pm 15.12.10

No comments:

Post a Comment