Tuesday, April 26, 2011

28

Hari ni umurku sudah mencecah 28 tahun . Sedar tak sedar umur dan masa terus berganjak. Samada aku mahu sedar atau tidak, mereka berdua langsung tak mahu mempedulikan aku. Dan aku kini di Phnom Penh, ibu negara Kemboja atau Cambodia, menurut serta program bakti siswa yang disusunkan oleh persatuan pelajar farmasi UIA. Aku ingin menulis tentang kembaraku..tapi ingin kutangguh lagi.. Tangguh hingga benar2 ada masanya itu atau hanya tinggal hajat sahaja. Aku ingin mencoret tentang umurku..

Umurku yang sudah 28.. untuk mengatakan aku masih muda atau sudah menginjak tua, dua2nya ada benar dan ada salahnya. untuk membanding dengan yang lebih tua, tentulah aku muda lagi. kalau dibandingkan dengan yang muda belia, tentulah aku sudah lebih berumur, lebih tua. Tapi hari2 yang aku lalui, antaranya membuatkan aku terfikir.. mudakah aku kalau esok adalah matiku? dan tuakah aku sekiranya aku tahu hidupku masih ada seratus malah seribu tahun lagi? ya.. jalan fikir yang pelik, tapi logiknya memang ada.. Kalau begitu, muda atau tua tidak relevan lagi. yang penting, apa sediakah aku untuk menghadapi mati, lalu membawa 'amal2'ku 'sekiranya'ada... bila2 masa? mengenang yang ni, aku mesti menjadi sayu dan sedih.. sebab aku tahu amalku tidak seberapa.. malu pula untuk hanya sekadar meminta ampun pada Allah! Namun, tidak sekali2 putus asa dengan rahmat Allah dan terus menerus meminta ampun adalah antara nikmat besar yang aku rasa...


Sampai masanya, aku merasa malu untuk menyambut hari lahirku. bukanlah aku mengatakan ia salah. ia bagiku cara yang baik untuk mengingat asal usul kita, walaupun banyak cara lain lagi. juga boleh muhasabah dan sebagainya. kini aku lebih selesa untuk melihatnya: daripada 26 april 2010, sudah berkuranglah satu lagi tahun daripada umur yang aku ada... yang aku tidak tahu dari banyak mana.. 50kah? 60kah? 70kah? atau 28 saja?? maka sudahkah ada amal yang 'boleh'dibawa? andai malam ini adalah helaan2 nafas yang terakhir? tidak mustahilkah sebegitu? orang2 yang tidak memerhatikan kematian saja yang boleh kata: mustahil aku mati kejap lagi, sebab aku masih ada hal yang aku nak buat? aduh! apakah mahu ditunggu apa yang kita mahu sebelum ajal itu tiba sebenar2nya? tidakkah mereka tahu ajal itu tidak akan dicepatkan mahupun dilambatkan walau sesaat?

Aku mahu menulis lagi. Tapi mata sudah kata sudah. Esok perjalanan akan diteruskan ke Seam Rep. Mudah2an umurku masih ada untuk menghirup udara2 segar di bumi Allah ini dan seterusnya berusaha sedaya upaya untuk membawa amal yang ada ke kehidupan seterusnya!

No comments:

Post a Comment